Abstrak
Satu  kajian  keratan  rentas  telah  dilakukan  untuk  membandingkan  tahap  kemampuan pesakit mengingat kembali maklumat lisan dan bertulis tentang rawatan ortodontik. Para peserta merupakan pesakit dan ibu bapa yang menghadiri klinik penyaringan ortodontik, Universiti  Kebangsaan  Malaysia  (UKM).  Penyertaan  adalah  secara  sukarela.  Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi maklumat bertulis sahaja dalam bentuk risalah, manakala kumpulan yang kedua diberi maklumat lisan sahaja. Isi kandungan maklumat merangkumi 13 item berdasarkan Risalah Maklumat Pesakit yang diterbit  oleh  The  British  Orthodontic  Society.  Kedua-dua  kumpulan  menerima  isi kandungan  maklumat  yang  sama  dalam  bahasa  pilihan  mereka.  Soal  selidik  soalan bertutup yang diisi sendiri diberi kepada subjek selepas 15 minit untuk menilai tahap in- gat kembali. Jawapan yang diberi oleh kedua-dua kumpulan peserta dibandingkan. Data yang dikumpul dianalisis dengan SPSS versi 15.0.  Ujian chi-square (p=0.05) dijalankan untuk  menentukan  kesan  kaedah  pemberian  maklumat  terhadap  peratusan  ingat kembali. Seramai 79 subjek menyertai secara sukarela. Terdapat lebih ramai perempuan berbanding  lelaki.  Majoriti  didapati  mencapai  tahap  pengajian  sekolah  menengah. Perbandingan  untuk  setiap  item  soalan  mendapati  tiada  perbezaan  signifikan  antara mereka  yang  diberi  maklumat  lisan  atau  bertulis.  Kedua-dua  kumpulan  menunjukkan peratusan respons betul yang tinggi. Sebagai kesimpulan, tiada perbezaan dalam tahap ingat kembali pesakit, sama ada pesakit diberi maklumat lisan atau bertulis.
                  Kata Kunci :  
         maklumat  lisan,  
          
          maklumat  ortodontik,  
          
          maklumat bertulis,  
          
          tahap  ingat  kembali,  
           
         
           
        
     
   
 
 
 
 
 
